Sinopsis Tunggu Dulu Cinta

Kamal dan Aivy dengan rela hati berkahwin walaupun tidak menjalin hubungan cinta. Mereka berjanji untuk bercinta selepas nikah. Namun, Kamal tidak menunaikan janji kerana dia masih belum mampu melupakan Suraya, bekas kekasihnya yang sudah lama pergi. Aivy pula sudah jatuh cinta kepada Kamal dan tetap bersabar walaupun tahu yang Kamal masih belum melupakan Suraya. Kemunculan Khairy sebagai orang ketiga dan agenda jahat yang dirancang oleh abang tiri Aivy telah menyebabkan Kamal menghalau Aivy yang ketika itu sudah mengandungkan anaknya.